Thursday, May 22, 2008

Sendaloka Sejenak...

This joke I received quite sometimes and after several times re-reading it, it still crack a smile on my face... and today when I felt nothing I could do right (errr..have you felt like you woke up at the other side of the bed?)- this is something like that or call it bad hair day lah!

This was believed to be part of the history of Malacca that was secretively taken out from the history books by the Portugese during the invasion period.

1908: Alfonso de la boorg menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan Timur Barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera

1909: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana

Oct 1910: Alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Kasturi). Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1912: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1912: Alfonso menghantar perisik ke Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan P.Pinang) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...

Seminggu selepas FEB 1912: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso.

Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik-perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah:

Perisik No 1, 2 dan 3: Selamat pagi tuan (sambil bertabik, serentak)

Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu-ribu hang..

Perisik 3: Betul tu tuan...antaranya hang sihat, hang gila, hang buat apa, awat hang , bapak hang, mak hang, tok hang, adik hang, hang apa habag, hang pi mana, hang nak p mana, hang singgah dulu dan banyak lagi hang ada kat sana...macammana ni tuan habihlaa kita..

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun takjadi la nak pi serang Kedah dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat Kedah dan Pulau Pinang maka terselamatlah negeri Kedah dan Pulau Pinang....

Hahahahaha....

12 comments:

D said...

hehehe... hang jangan main-main eh??!!

U.Lee said...

Hi Raden Galoh, very interesting history post re the Portugese.
Allow me to add:
Kalau roboh kota Melaka,
Sayang selasih di dalam puan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Rasa nak mati di pangku tuan.

Kalau roboh kota Malaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Nyawa di badan saya serahkan.

Malim Sidi makan di cembul,
Limau nipis limau lelang,
Gajah mati tulang berkumpul,
Harimau mati tinggalkan belang.

RG, You stay easy and have a nice day, Lee.

Pi Bani said...

Hah! Itu dia tak dengar lagi pasal keturunan Hang Lekiu... Hang Kiu Jaya!

tokasid said...

Salam Sis Raden:

LOL! Memang walau dah baca banyak kali pun tetap ketawa nak rak.

Di situ silapnya Portugis.
British pulak lain.Mereka mengambil perkataan Hang(dalam bahasa Inggeris tentu lah "hung") sebagai sesuatu untuk mengugut Raja-Raja Kedah ketika itu.

Bila rakyat Kedah dan Penang asyik dok hang-sana-hang -sini, Francis Light memberi amaran kepada Raja jika Kedah menentang semua rakyat Kedah yang menyebut Hang akan di "hung" oleh British.Sebagai Raja yang sayangkan rakyat Raja terpaksa tunduk dan menyerahkan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur.Bukan kerana kononnya serangan Siam etc2....

Anonymous said...

hahhaa kelaka kelaka.

sharifah fatimah

jaflam said...

Salam Radin G,
Kira saudara Kenny G le! Malangnya di Melaka tinggal bekas sejarah Protugis saja, semua yang Hang punya depa bakar habis.

Kadang kadang pelik juga depa datang beribu batu naik kapal boleh jajah negeri kita berpuluh tahun?

david santos said...

I wish you many blessigs, love and happiness

jabishah said...

Hi Raden,

Hahaha... Am planning to sleep but this post is an eye opener! Hang.. hang..

Enjoy your weekend.

Hi&Lo said...

Sis RG,

Many years ago I was in Penang's Beach Street naik beca to Komtar. The Apek wanted to charge me RM5.

Trying to haggle for the short distance, I said Komtar so near as can be seen from where I was standing.

The Apek said moon also very near at night cos you also can see. "Why not you take me to the moon, I pay you RM50?"

mad redo1 said...

already read this joke somewhere but still it is enough to make me laugh... thanks raden

Kerp (Ph.D) said...

hehehhehe...nice one. really got me in stitches bcos this was my first time reading it.

Raden Galoh said...

D:
Hehehe...hang pa ni...

Lee:
I like your pantun...aduh so menusuk ke kalbu...thank you

KakPi:
Hahahaha...Hang Kiu Jaya? That's a classy one!


Bro Ta:
Ngeh..ngeh...ngeh...like that eh with the British? You 'hang me here and there I hung you? Hahahaha

SharifahFatimah:
Hi sis...thank for coming bye...your email always cracks laughter lah...thanks for always cheering me up!


Datuk J:
Alamak! Kenney G...tu my fav...boleh...boleh...saudara dia pun boleh...

Thanks for coming by.

DavidSantos:
It's a pleasure to have you sir. And I wonder you know Bahasa? Wow!
Many blessings to you too.

Jabishah:
It's a pleasant surprise to have you today sis. Thank you for laughing all the way to the bank with me...hahahaha

Bro Hi&Lo:
Hahahahaa...that's a good one! Hahahaha...

MadRedo1:
We need laughter, ain't we? Glad you find it still amusing. Take care.

Kerpov darling:
Hahahaha... I'm sick today but I still can laugh out loud...hahahaha